banner

11 July 2011

Someone is smiling

I found this [HERE] and it makes me know where should I put my thoughts on. In projecting your ideas, don't hurt others. I am saying this first to myself and my friends.
Peribadinya saya bersetuju kalau dikatakan secara umum, “demonstrasi itu dibolehkan dalam Islam”.
Walaubagaimanapun, untuk menghalalkan Bersih 2.0, sudah pasti intipati yang lain wajib dilihat juga termasuk aspek alibi, relevan dan logis tuntutan, jawatankuasa, pro dan kontra serta dan hal-hal yang bersangkutan.
Berkaitan ahli-ahli Liqa’ seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal dan saudara sendiri saya tidak mahu ulas beratnya ke belah mana atau kaptennya siapa. Saya bukan baru semalam berkecimpung dalam badan-badan bebas politik Islam, saya maklum. Cuma nasihat saya, elak menggunakan perkataan ‘tidak menyebelahi mana-mana pihak’.
Saya mahu mengajak berbicara secara berilmu. After all, that’s what scholar do. “Dan dalam Islam sendiri, boleh berbeza pendapat tetapi beradab”, demikian saya petik dari Ustaz Uthman El-Muhamaddy dalam suatu ceramah beliau terdahulu.
Sekali lagi saya tekankan, intipati yang lain wajib dilihat juga termasuk aspek alibi, relevan dan logis tuntutan, jawatankuasa, pro dan kontra serta dan hal-hal yang bersangkutan. Dalam hal ini, demonstrasi harus tetapi adakah demonstrasi Bersih itu benar-benar bersih (yang lantaran itu pula jatuh hukum tidak haram)?
Pertama kita lihat dari sudut tuntutan.
Tuntutan berkenaan apa? Pilihanraya.Siapa mengurus pilihanraya? SPR.
Maka tuntutan ini umumnya kepada siapa dan untuk siapa? SPR yang mengurus pilihanraya.
Baik. Kita rujuk beberapa senarai tuntutan (8 kesemuanya); kita mulakan dengan tuntutan ‘hentikan politik kotor’, ‘memperkasakan institusi awam’, ‘menamatkan korupsi’ dan ‘akses media yang adil’.
Saudara yang saya hormati, antara 4 tuntutan tadi, yang mana agaknya yang SPR ‘ada’ kuasa dan di bawah jurisdiksi SPR. Jujurnya, satupun TIADA. Jadi apa kaitannya 4 tuntutan ini dengan SPR? Lucu bukan.
Hentikan politik kotor’ saya kira ini berlaku di kedua-dua belah pihak. Seorang Altantuya dan seorang China Doll. Cuma bezanya ada yang ada video, DNA dan ada yang tak ada apa-apa bukti kecuali cerita. Jadi kalau memo hendak dihantar, ia sepatutnya kepada kedua-dua BN dan PR.
‘Menamatkan korupsi’. Korupsi berlaku di peringkat pentadbiran kerajaan dan swasta. Pecah amanah dan sebagainya. Jadi apa kena mengena SPR? Apa kaitan dengan pilihanraya? Dan menguruskan hal berkaitan korupsi ialah SPRM.
‘Memperkasakan institusi awam’? Ini adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan tiada mengena dengan pilihanraya adil. Hal-hal sebegini sudah pasti boleh dibawa ke parlimen bukan yang dipenuhi sekitar 45% ahli pembangkang? (I would say this is 'meludah ke muka sendiri')
‘Akses media yang adil’. Tuntuan ini ada sedikit relevan. Namunpun demikian, ini bukanlah hak serta jurisdiksi kepada SPR. Ini hal Kementerian Penerangan. Malahan, dengan akses media cetak yang pelbagai (Harakah, Sin Chew, Suara Keadilan), media cyber dan elektronik, laman sosial dan sebagainya, tuntutan ini ternampak tidak sekukuh mana.
Lain-lain tuntutan adalah ‘tempoh minima 21 hari berkempen’. Apa relevannya? Bukankah kedua-dua BN dan PR berkempen di media cetak dan media cyber sepanjang tahun dan 24 jam sehari (exactly)? Dalam mana ruang politik kita masih anak-anak (berasaskan kaum dan sentimen ajak benci-membenci), adakah kita berminat memanjangkan tempoh kempen dalam keadaan mungkinnya berlaku pergaduhan itu ada?
‘Penggunaan dakwat kekal’. Cuba kita semak dan teliti, contoh negara yang menggunakannya. Di mana? India. Mengapa agaknya perlu sistem dakwat kekal ini disana? Jawapannya mudah, India walaupun kini antara kuasa ekonomi Asia, harus diingat sistem pendaftaran warganya masih tidak lengkap. Jangan kita tertipu dengan kuasa ekonominya kerana di India, sistem kasta memastikan yang kaya terlalu kaya dan yang miskin, kad pengenalan pun tak ada! Jadi itulah gunanya dakwat kekal… kerana itu tanda pengenalan mereka sudah mengundi bagi yang tak ada tanda pengenalan. Di negara yang moden seperti Malaysia ini, yang dah ada kad pengenalan nak buat apa pakai dakwat kekal?? Setuju tak kalau saya katakan dakwat kekal ini SANGAT-SANGAT BOLEH diciplak? Kad pengenalan lagi susah nak tipu!
‘Tuntuan pilihanraya yang saksama perjalanan’ dan ‘perubahan pada sistem undi pos’. Ini ada sedikit relevan. Pun masih boleh dipertikai dan lebih bersifat pertuduhan (ada nak disertakan bukti ke?). Cuba kita lihat berapa jumlah negeri yang dipegang oleh pembangkang? Kelantan dipegang sejak bila? Harus kita ingat dan mesti kita jangan lupa undi pos cuma 1% SAHAJA dari 99% pengundi. Relevan sangatkah tuntutan yang ini sampai perlu berarak? Cuba kita fikirkan sekejap. Kalau betul hendak ditipu sistem pilihanraya dinegara ini secara 99% kurang-kurangnya (termasuk undi pos) macamana Kelantan boleh sentiasa pada pembangkang dan 5 negeri boleh ditawan? Benarkah pilihanraya di Malaysia ini sangat-sangat tidak adil? Logik?
Maka dari huraian saya tadi berkaitan alibi, relevan dan logis tuntutan ternampak hampir 70% tuntutan samada tidak begitu relevan, goyah dan boleh dipertikaikan. Adakah kita merasa 30% itu cukup banyak untuk berdemonstrasi dan berarak di jalan?
Masih merasa 30% itu sebab relevan untuk berarak? Mari kita lihat berkaitan jawatankuasa pula. Saya separuh bersetuju kalau di katakan dalam tuntutan yang sepatutnya bersifat neutral, ia mesti diketuai oleh NGO. Tetapi saya mahu menambah, bahawa NGO-NGO ini juga mesti bersifat non-partisan, berkredibiliti baik dan hingga ke peringkat jawatankuasa pun TIDAK BOLEH ada orang berkait politik.
Tetapi siapa ada dalam jawatankuasa Bersih 2.0? Ahli Jawatankuasa Bersih tokoh-tokoh politik pembangkang iaitu Mohamad Sabu, sebagai Timbalan Bersih yang juga Timbalan Presiden PAS; Tian Chua, AJK Publisiti Bersih yang juga Naib Presiden PKR; Dr Hatta Ramli, AJK Mobilisasi Bersih yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat; Syed Shahril Mohamud, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya; Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor dan Badrul Hisham Shaharin, aktivis PKR.- This is what I meant by one-sided face. Shouldn't you be impartial?
Jadi ini sebenarnya apa? Aktiviti politik jalanan dan bukan aktiviti non-political, setuju? Datuk Ambiga pengerusi Bersih sepatutnya MENOLAK SEKERAS-KERAS nya penglibatan politician tetapi tidak berbuat demikian? Mengapa?
Bab kredibiliti jawatankuasa saya fikir sudah tercalar. Itu belum mengambilkira kredibiliti pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga dikatakan ada kaitan dengan kes murtad dan Lina Joy yang pernah menggemparkan negara dan begitu juga IFC. Soal benar atau tidak ia mungkin boleh didebatkan. Tetapi seandainya dalam keadaan tidak pasti, apa perlu orang Islam berarak bersama dengan insan yang mungkin dihati ada tujuan tidak elok?
Dari segi pro, memanglah rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati (tetapi itupun saya saya sudah rungkai, tidaklah relevan mana). Tetapi kalaulah berlaku pertembungan antara Bersih dan Patriot, dan ia sudah hampir pasti mungkin menimbulkan huru-hara dan pergaduhan, adakah Himpunan Bersih 2.0 masih perlu diadakan?
Ada juga tuduhan bahawa penaja-penaja Bersih ini ada melibatkan unsur-unsur luar yang memang bertujuan memporak-perandakan negara.
Banyak lagi saluran lain yang boleh disuarakan hal-hal berkait tidak puas hati. Bukan tiada langsung pun, malahan banyak juga.
Saya fikir penilaian-penilaian ini sudah membuktikan betapa kalaupun betul rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf, buat ketika ini ternyata langsung tidak perlu ianya dilakukan melalui Bersih.
Biarpun Liqa’ memutuskan bahawa demonstrasi itu harus. Sepatutnya Liqa’ menambah kenyataan yang berbunyi ‘Sebaliknya seandai sesuatu demonstrasi itu tidak kukuh, goyah sebab musabab, boleh menghuru-harakan negara dan ada kemungkinan ditaja oleh anasir-anasir luar yang bertujuan jahat bmaka menyokong demonstrasi yang sedemikian adalah HARAM’. Noktah.
Kemudian baru boleh Liqa’ dakwa diri sebagai berkecuali. Statement yang mudah tanpa perlu memetik Bersih 2.0 atau Patriot. Bukankah lebih berilmu begitu?

2 comments:

  1. salam, saya ada share sedikit fakta dari post ni pada org lain. Mohon izin ye? Sory lupa pulak nak mintak izin share. xpe ke?

    ReplyDelete
  2. it is a very great entry comes from an educated angle and view. each statement that supported by fact. tahniah faidhi.

    ReplyDelete

Anonymous comments will be deleted except comments from 'anonymous' people I know. Please refrain from comments of a racist, sexist, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. The Chukai Insider also reserve the right to delete off-topic comments.