banner

05 January 2012

Mimpi dalang tido boleh wak kite pandai

*I'm challenging myself to write Malay as Terengganu as possible. This is the product. 

Penoh dok mung mimpi sampai mung rasa pandai? Kalu mung mimpi jadi Albert Einstein doksoh citer ah. Ada satu research atau kajiang dalam bahasa Teranungnya menyebut bahawa mimpi tu boleh buat mung sume jadi koho pandai. Doh guane gitu?

Dalam kajiang tu, proses pembelajaran yang mung buat masa mu dok tidur tu disambung dalam tido. Tu pung kalu mu belajo sebelum mu tido la. Kalu mu baca buku, masa mu tido tu dia sambung belajor mende mu baca dalam buku tu.

Artikel tu ada kabo jugok macam kalu kita nak tahu kita menguasai bahasa asing hok kite belajo, Bahasa English ke, Bahasa Korea Jepung ke, bile kite mimpi dalam bahasa tu maksudnya kita pandai doh bahasa tu. Betul gok dok? Tapi hok kelakornya ada kawang aku sorang tu dia mimpi cakap Tamil. Tapi lebih kepada ngiga atau bahasa bakunya, mengigau. Dia dok penoh pun belajo bahasa Tamil.

Kajiang tu tunjuk jugok masa kita mimpi, macam macam berlaku dalam pale hotok kite. Kalu mimpi koho banyok lagi berlaku. 

Dohtu kalu cikgu kabo jangan tido dalam kelas, tunjuklah kajiang orang ni ke cikgu mung ye? Kabo ke dia mu belajor gok, tapi cara belajor tu lain. Tengok kalu dia kepok dok pale mung.-The Chukai Insider

No comments:

Post a Comment

Anonymous comments will be deleted except comments from 'anonymous' people I know. Please refrain from comments of a racist, sexist, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. The Chukai Insider also reserve the right to delete off-topic comments.