banner

05 January 2012

Mat Korea

*Saya tulis dalam Bahasa Melayu atas sebab-sebab yang berikut:
  1. Saya orang Melayu dan saya cintakan Bahasa Melayu
  2. Saya takut kalau pemimpin komunis Korea Utara di bawah ni faham saya tulis pasal apa dan terus menghalakan peluru nuklearnya ke arah Chukai. (Google Translator?)
Kalau anda terlepas tengok berita mungkin anda tidak mengetahui Korea Utara yang diterajui pemimpin komunis telah bertukar ketua disebabkan kematian Kim Jong Il. Menariknya, negara komunis ini digantikan pemimpinnya dengan anak Kim Jong Il, Kim Jong Un. Cuba teka berapa umur pemimpin komunis baru ini? 29 tahun baru. Kalau ada perempuan-perempuan Malaysia yang berminat dengan mat-mat Korea, The Chukai Insider tidak berjaya menghubungi Kim Jong Un untuk bertanya jika dia masih bujang.

Cuba tengok gambar Kim Jong Un dengan ayahnya, Kim Jong Il. Cuba perhatikan persamaannya. Ya, cuba bulatkan apa perbezaan yang adik-adik nampak dalam gambar tersebut. 
KCNA / Reuters
Inilah dia Kim Jong Un. Mungkin peminat K-Pop ada hati nak pikat Mat Korea ni? Walaupun negara dia mempunyai rakyat yang tidak cukup makanan, tengoklah perut dia. Penulis blog ini adalah rakyat Malaysia, jadi normallah kalau perut macam itu. Tapi kalau rakyat dah kebulur dan tak mempunyai perut macam The Chukai Insider, takkanlah pemimpin sanggup membesarkan perut macam tu. Saya cuba nak cari baju macam beliau pakai, macam boleh tutup perut je.

Satu lagi perkara untuk diteliti- rambut Kim Jong Un. Tengok dekat sebelah kiri dan kanan rambut beliau. Comel kan? Tak tahu lah penyanyi Korea mana yang dia tengok potong rambut macam tu. Saya buat gurauan je ye. Sebab saya tak mahu anda fikir saya bodoh dan jawab 'Eee, kan ni Korea Utara, kan dia gaduh dengan Korea Selatan? Mana lah dia tiru artis Korea Selatan'. 

Cuba adik-adik tengok gambar ayah dia pula.
Perasan tak persamaan kedua-dua pemimpin ayah dan anak ni? Kedua-duanya suka tengok barang kan? Tisu pun dia nak tengok. Lepas tu, rajinnya photographer nak tangkap gambar pemimpin tengok barang-barang kan?-The Chukai Insider

No comments:

Post a Comment

Anonymous comments will be deleted except comments from 'anonymous' people I know. Please refrain from comments of a racist, sexist, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. The Chukai Insider also reserve the right to delete off-topic comments.