banner

29 April 2012

A sad man

Everyone thinks they are the right ones. Debates never solve problems, they create heat and most of the times- the speakers are doing it in front of audience; needing supports, and thus create riyak (syirik). Everyone says we should follow The Prophet Muhammad SAW but when feelings get into their minds, Al-Quran and As-Sunnah are forgotten. 'Matlamat dan niat tidak menghalalkan cara'. Jika perancangan anda tidak berjaya, banyak faktor yang anda patut salahkan diri dahulu- keikhlasan etc. Tuduh menuduh bukan dalam kalangan yang beragama lain lagi, saudara Muslim sendiri menuduh sesama sendiri- kalau di pihak sini kejam, pihak sana berusaha sehebat-hebatnya untuk menunjukkan kekejaman dan mengharapkan sokongan. Bagaimana jika anda dapat sokongan, tapi meninggalkan lawan (yang seagama) dalam kejahilan. Adakah itu 'dakwah'? Adakah Rasulullah SAW melakukan kekerasan dalam memperbetul apa yang salah? Namun, dalam kes hari ini, anda mungkin menuduh pihak lawan melakukan kekerasan terhadap diri sendiri untuk mereka dapat sokongan- ingatlah bahawa anda mungkin berprasangka buruk jika tiada bukti. Berfikirlah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sebelum bertindak. Dan ada ketika anda merasakan anda berlandaskan Al-Quran dan ingin memperbetul yang salah, lihatlah pula cara Nabi Muhammad SAW dalam melakukannya.-The Chukai Insider

Kadang-kadang terfikir pernahkah Rasulullah SAW pergi melaung-laungkan kezaliman orang kafir terhadapnya.. Baginda mesti mengetahui jika berbuat demikian, pihak yang ingin disampaikan dakwahnya makin memarahinya dan memusuhi baginda dengan lebih hebat lantas, misi baginda tidak mungkin berjaya. 

Sedih dengan negara sendiri. Kedua-dua jaguh hanyalah epal dan oren yang buruk- cantik di luar, berulat di dalam.

No comments:

Post a Comment

Anonymous comments will be deleted except comments from 'anonymous' people I know. Please refrain from comments of a racist, sexist, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. The Chukai Insider also reserve the right to delete off-topic comments.