banner

Showing posts with label Football. Show all posts
Showing posts with label Football. Show all posts

10 July 2011

Saya dan Arsenal

Petang tadi, saya dan dua orang rakan saya yang lain telah pergi ke sebuah restoran untuk makan petang. Jika anda menganggap sepotong kek dan ayam sebagai makan petang, mungkin saya ingin bersetuju dengan anda. Saya menulis artikel ini dalam Bahasa Melayu oleh sebab salah seorang kawan saya berpendapat bahawa kita terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris secara kita tidak sedari. Mungkin dalam kalangan kawan-kawan tadi yang semuanya terdiri daripada Bangsa Melayu, kami semua banyak berbicara dalam Bahasa Inggeris walaupun bahasa ibunda adalah bahasa Melayu. Oleh sebab itu, inilah dia sebuah kisah saya ingin menonton perlawanan Arsenal pada hari Rabu ini dalam Bahasa Melayu.




Red shield with large gold cannon below the word "Arsenal" in white letters. Thin white and blue stripes line the shield's left and right edges.
Saya dan Arsenal- saya tidak mempunyai hubungan peribadi langsung dengan Arsenal kecuali kotak pensil saya yang berwarna merah dan mempunyai logo Arsenal. Hanya satu sebab mengapa saya membeli kotak pensil Arsenal tersebut ketika di e-mart dulu iaitu untuk menunjukkan saya menyokong Arsenal kepada Acad Rashad walaupun saya tidak menonton perlawanan mereka langsung. 

Kepada rakan-rakan rapat saya, anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa saya akan pergi menonton perlawanan Arsenal dan pasukan Malaysia pada Rabu ini jam 2045 di Stadium Bukit Jalil. Terima kasih, Acad. Tanpa anda, rasanya saya mungkin tidak akan pergi menonton mana-mana perlawanan bola sepak. 
Tetapi pagi ini, saya 'terselak' bahagian sukan di The Star dan terbaca bahawa Fabregas cedera dan tidak akan hadir ke Malaysia untuk Asia Tour 2011. Ya, saya berasa kecewa sebab hanya beliau yang saya kenali dalam pasukan Arsenal. Oh ya, saya kenal Arsene Wenger juga. Terkejutkah anda?- The Chukai Insider

Pasukan pilihan The Chukai Insider