banner

11 November 2011

Kepandaian dan Politik

Seandainya anda melihat sebuah negeri di Malaysia yang buat waktu ini boleh saya katakan paling maju, anda mampu melihat urus tadbir yang bagus. Namun jika anda berada di sebelah sokongan yang membangkang perkara ini, anda mungkin tidak mampu melihatnya. People see what they want to see. Dalam kes ini, sudah tentu yang membangkang akan terus membangkang. Ini adalah perkara paling bodoh yang berlaku dalam sistem politik negara apabila semua yang salah perlu dijadikan sat benda yang betul jika berada di pihak kawan, namun semua perkara betul perlu dikatakan salah jika berlaku di pihak lawan.

Dalam kes negeri paling maju di Malaysia ini, saya akan merujuk kepada The Pale Blues dan The Reds. Jika anda tidak memahami perkara ini, terdapat banyak blog-blog lain yang boleh membicarakan hal ini dengan lebig terbuka. Saya masih tertakluk di bawah satu akta sebagai seorang pelajar.

Gaji Minimum
Dalam bajet dan polisi negeri maju ini, saya amat kagum dengan ketegasan Pengetua Negeri (harap faham) yang mewakili The Pale Blues. Sementara Kerajaan Belly Button ('belly button' bermaksud 'pusat' di perut anda) masih bergelut untuk melaksanakannya, beliau sudah berjaya melakukannya. Gaji minimum RM1500 itu memberi maksud besar untuk golongan berpendapatan rendah. Mengapa ini perlu dibangkang? 

Surplus dalam bajet 
Perkara ini adalah yang paling penting. Saya begitu berharap negeri Makang Ikang saya beralih seketika untuk melihat pengurusan kewangan negeri paling maju ini. Bukan saya mahu negeri Makang Ikang ini bertukar kerajaan (bertukar Pengetua amat saya harapkan, tapi bukan parti) namun tolonglah lihat ke arah negeri paling maju ini. Surplus, yakni lebihan atau keuntungan dari pendapatan memberi maksud pengurusan kewangan yang cekap. Surplus di negeri maju ini menyebabkan simpanan (reserves) di negeri ini berada pada tahap RM918 juta pada tahun 2010. Pada masa yang sama, negara berada dalam keadaan defisit. Defisit adalah antonim kepada surplus.

Cuba tanya negeri Makang Ikang berapa jumlah simpanannya. Janganlah berharap duit royalti minyak sahaja, carilah sumber pendapatan lain. 

Bilakah anda bekerja untuk rakyat?
Untuk semua ahli politik dari semua parti, soalan yang perlu ditanya ialah- Bilakah anda bekerja untuk rakyat? Jika anda bekerja untuk rakyat, perkara yang baik perlu anda sokong. Kita belajar dari sekolah rendah untuk menjustifikasi mana yang betul dan mana yang salah, bukannya parti mana yang betul dan parti mana yang salah. Jika anda memperjuangkan agama, mengapa perkara yang baik untuk agama (meningkatkan taraf hidup, rezeki) perlu anda halang? 

Perbandingan
Jika dibandingkan Pengetua Negeri yang menghina hamba Allah SWT yang lain dengan memberi batang penyapu dan seorang Pengetua Negeri yang meletakkan gaji minimum RM1500, sudah tentu anda tahu yang mana lagi baik. Satu lagi perbandingan, seorang Pengetua Negeri yang kontroversi dengan rumah banglonya (The Chukai Insider- How do you live your life, Mr Khir Toyo) dan seorang pemimpin yang menguntungkan negeri, mana satu anda mahu? 

Ciri-ciri korporat
Pengetua Negeri paling maju ini bekas tokoh korporat yang memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan dulu. Apabila masuk dalam arena politik, beliau tentulah bergelut untuk memuaskan hati penyokong bawahan yang juga termasuk The Rockets. Sudah tentu, The Reds yang sentiasa membangkang walaupun mereka tahu mereka kurang pandai untuk melawan beliau. 

Saya berdoa negeri Makang Ikang saya mendapat seorang Pengetua Negeri yang boleh membawa Ulul Albab ke negerinya dan bukan sekadar pandai memberi duit percuma kepada rakyatnya. Sekian.-The Chukai Insider

*The Chukai Insider really wants his state to be led by someone of a corporate-like and maintains Islamic concepts held by most citizens of the state. He does not normally write in Malay. Forgive him for sounding skema and unnatural.

No comments:

Post a Comment

Anonymous comments will be deleted except comments from 'anonymous' people I know. Please refrain from comments of a racist, sexist, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. The Chukai Insider also reserve the right to delete off-topic comments.